Thursday, December 23, 2010

HANTARAN PERKAHWINAN...

Gambar yg dibawah ni adalah kek yg dibuat sebagai hantaran..
Sebarang pertanyaan, boleh comment..
Saya juga sediakan tempahan termasuk kotak hantaran, anda boleh memilih bentuk.




PENGENALAN...

Assalamualaikum....
Salam perkenalan semua..
 Pertama sekali sy nak perkenalkan diri sy, nama sy Nasibah Binti Ahmad.
Saya berasal dr Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Seterusnya, sy ingin mempromosikan jualan icing cake yg sering sy buat.
Pada mulanya, sy buat kek ni hanya utk sy hadiahkan kepada kwn2 or saudara mara pada hari perkahwinan atau hari pertunangan sebagai hantaran. Lama-kelamaan, ada saudara mara & jiran2 yg berminat dgn kek ni. Jadi, sy terima tempahan diorang. Ada yg minta buat kek sbg hantaran & hadiah hari jadi. Disini, sy ingin mempromosikan icing cake yg sy buat ni.
Kek ini boleh dijadikan sebagai hantaran, hadiah dan kek semasa majlis hari lahir. Selain itu, anda boleh membuat pilihan warna mengikut citarasa anda. Kek ini juga mempunyai pelbagai bentuk, contohnya bentuk love, bulat & segi empat. Untuk kek hari lahir, sy boleh tulis nama. Saya akan lampirkan gambar sebagai contoh.
Sekian utk post yg pertama sebagai pengenalan..
Salam.. :)